Friday, September 28, 2012

DARI KERANA MATA : KERANA CONTACT LENS..

assalamualaikum....

hai! lama tak update. lama tak bermakna melupakan :) hehe...
waktu tak mengizinkan dan seakan diri ini terasa mati bagaikan hidup kembali....
panjang sungguh cerita kalau nak di ceritakan di sini... terpekik terlolong message dan call dari kawan2 supaya mengupdate blog mengenai cerita 'mati seakan hidup kembali'
alahai.. gerunnyalahkan dengar sepotong ayat tu.. actly for me too... ia seperti terasa sgt menyedihkan...sorry kerana mengambil masa yang agak lama untuk mengupdate kerana mslah penglihatan yang tak mengizinkan...

tekan butang pause kat tepi tu dan sila klik video ini. dan baru lah boleh membaca story ini. tq :)


dari kerana mataaaa....... :) jadi faveret pulak lagu ni. eheheheh.. :)
ingt! dari mata jatuh ke hati...

Firstly, thankssss to Allah SWT. kerana masih di beri peluang buat sepasang pancaindera yang sedang elok menaip dan menatap skrin ini. kerana beberapa hari yang lalu aku seakan buta penglihatan di sebabkan satu kejadian yang tak pernah terduga dalam hidup aku akan terjadi.... thanks y i call 'mati seakan hidup kembali' kerana apa? kerana CONTACT LENS !! kerana apa? CONTACT LENS........
ATTENTION !! CONTACT LENS.........

Photoshoot
17sept 2012 aku di panggil untuk photoshoot satu magazine terbitan Utusan... tersangatlah gembira diri ini di sebabkan peluang itu datang bergolek tnpa minta audition atau skrintest!  yehaaa.... :) 10pagi seperti di janjikan terpacak aku n my sis di bilik make up utusan... (aku dah biasa pegi sane. so mmg senang gila cari)... alhamdulillah segalanya di permudahkan.... 10:45 ready untuk make up. dan ketika itu sedia maklum aku juga ready dengan contact lens.. smpai satu tahap... especially bila mata siap sedia nak buat 'smokey eyes' time tu lah mata di jentik2 tajam dari dalam. berair dan menikam terjah smpai lampu bilik make up tak dapat pandang.. di teruskan juga walaupun berair sbb aku kira mungkin takde pape n just habuk biase termasuk dalam mata... SIAP! baju pun dah tukar n time to camera snap.snap! masih lagi tak terasa apa2 yang pelik. melainkan berair dan mata sedikit merah... Selesai 4pasang baju di gayakan, aku buang contact lens oleh kerana rasa tu dah menikam sangat di kelopak mata hitam.. yes! black eyes rase mcm jarum.....

Otw Balik..
Dalam kete tu lepas buang contact lens. aku rase kabur gilaa.. kitaorg benti makan dulu nak di jadikan cerita... oleh sebab kakak aku pun buat photoshoot n pakai makeup yang sama aku tnya la dia.. 'bulu mata yang kita pakai ni kau rase ada mcm menghalang pjlanan kita tak fie? atau kau ada rase kabur tak fie?" ishk... time tu mmg aku rse dah lain mcm sangat sbb respond dia... she's just fine.. semua dia cakap ok jer... Adehhh... kenapa dgn aku ni.. kaburrrrrr gilaaaa... mcm asap or  nampak kabus.... mcm tu lah kalau korang nak tau.... rse sakit tu x sgt... tapi mmg kaburrrr gila... Tahan lagi!

Home sweet home
campak bag dan rase tak tahan sangat untuk basuh make up skali buang bulu mata palsu.. maybe tu effect yang aku sangkakan.. sbb masuk rumah seakan ada teduhan damai. hehe... serius kelabu... seperti awan kelabu... haha... eh ape lagi.  rase mcm dalam rumah ada asap. siap tnya dengan mama.. 'ma, ada asap ke dalam rumah kita?' apabenda budak ni mengarut... haha... tu la kata mama... asap celah mane pulak kan... masih juga aku tak hirau dan masih tak sangka apa seterusnya yang akan berlaku...... sejam berlalu aku ajak mama klua.. rase mcm tak tahan duduk dalam rumah.. walaupun jam dah nak maghrib tapi aku tak tahan duk dalam rumah rase nak klua. rimas dgn pandangan yang kabur... kami pergi ke festival CT depan rumah.. tujuannya nak pergi kedai sperk je check mata kot2 aku rabun... sbb tulisan langsung aku tak boleh baca... dunia aku dah rse tak bermakna sbb satu perkara dalam hidup aku dah jauhhh.... yaa... btol aku tak boleh membaca... pergi kdai sperk check mata mmg teruk lah power time tu... naik melabung..... berair pulak tu... then mat hensome kedai sperk ckp pgi beli ubt titik kat farmasi.. kaki melangkah dgn mata berair dan merah lagi kabur ke farmasi.. beli dan bawak ubt tu pgi kdai dia... baik gila.. dia tolong titik kan kat mata... :)) maybe dia pun kesian dekat aku...

Hospital
Liki-liki... singgah liki2 lepas titik ubat.. ingt nak la mkn dulu kt situ sbb perot pun dah lapar... tapi blom smpat nak hbskan teh o'ais.. mata dah langsung TAK BOLEH BUKA. adoiiiiiii... pedihhhhhhhhh.......... (effection ubat yang di titik...) mama la org yang bersusah payah..thanks mama :) mama & akak bawak g GH! Hospital besar KL. rasenya penyelesaiannya ada kat sne sbb aku biase sakit n all my report dah ada kat sana.. tak terfikir lngsung tmpat lain. walaupun mama suruh pergi klinik je dulu.... smpai sane, terus masuk EMERGENCY! time tu aku tak nampak pape dah.. mcmane nak cakap kat korang perasaan tu.. seriusly time tu hanya aku rase adalah BUTA! yes.. maybe aku akan buta.. u noe... both of my eyes tak nampak. gelap.. org sekeliling langsung aku tak nampak. yang ada hnyalah suara2 yang bertanya mama.. kenapa? kenapa? dan kenapa? ya allah hanya engkau yang tahu apa perasaan aku ketika itu... tak smpai setengah jam aku di panggil.. masuk bilik doc.. doc suruh pergi inject ubt tahan sakit n dia suruh cuci mata... aku tak tahulah time tu cara mane dia nak cuci sedangkan aku langsung tak dapat bukak mata... caranya dia ambik air yang org biase masuk air kat ward tu.. lepas tu dia just basuh kat mata. thats all???!! ishk langsung tak memuaskan hatiiii! weihh.. cara kau tu sakkitttttt.... tau takkk?! (sebal lah hati time tu) rase mcm nak sekeh pale doc. haha... oklah clear la skit. bole bukak mate. tapi sepet jer... mcm mashimaro cartoon tu. kikikikikiki...
cerita doc.. dia bgtau kes mcm ni dah banyak sgt berlaku. especially sbb contact lens n merujuk ke ats kes yang berlaku kepada aku. MAYBE BUTA SEMENTARA ADALAH JAWAPAN YANG TEPAT!!. lets cry with me... wuhuahuahua.........

Home Again
titik ubat makan ubt dan tidur.. itulah yang aku hrpkan sbb tak tahan. sakit sangat. photoshoot tadi pun tak hilang lagi penatnya.... mmg aku sangat letih. lagi menahan kesakitan. rase mcm tak sanggup sangat. tapi dalam setiap apa yang terjadi aku selalu mengingatkan diri ini. aku ada ALLAH. dia mesti selamatkan aku... :) bila kita ingt dia kita akan rasa selamat sgt biarpun kita sakit sangattt sangattt...

18.sept2012
semalaman aku tak tidur.... yang berharap untuk tdo selepas makan ubt itu adalah sia2... mata terpejam hakikatnya hati ini masih lagi di suluh dengan lampu. menyala. terang sgt. sakit.. sakit.. sakit.. mcmane nak tdo. tapi mlm itu tidak aku mengganggu mama yang lena wlpun waktu itu aku tau mama juga tak lena tdo sbb pikirkan aku.... 6am-menagis tak berlagu rasanyaaa.... saat tu aku terpaksa kejutkan mama. Tahap dewaaa rasanya aku tak tahan.... rase mcm ada jarum lepas tu bila nak kerdipkan mata rasa mcm kaca. ya allah.... tak tahu nak gambarkan perasaan. yang pasti SAKIT.
Kembali ke HKL. kerana doc ada memberitahu kalau tak ok let come here again! again!... cehhhh... smpai sne ambik angka giliran menanti dan menanti walaupun time tu dah smpai zon EMERGENCYYY!!. menanti dan terus menanti walaupun time tu mata aku rasa macam aduhh... mcmane nak cakap. sakittttttttt... sakitttttt... lebih sakit dari shari sebelumnya.. tu yang pastii.. tak tahan sgt kakak aku ambik keputusan bawak aku pergi speciallist! dammn.... dia pun naik hangin kat nurse HKL... hehe.. aku menangis sakit. dia pun menangis. mama lagi lah. tak usah nak cakap.. and time tu. aku rase aduh. SAYANG SANGAT depa dua org ni.... muahh... :)

KPJ AMPAG PUTERI SPECIALIST
sampai sane trus aku diorg bawak masuk dalam satu bilik... mmg tak sempat tnya n bagitau sakit apa.. dia trus ambik name n buat apa yang patut! eh.. persoalanya?! kenapa HKL tak boleh buat mcm ni? kenapa nak kena tempat mewah berduit mcm ni baru dpt layanan yang betol???? ok! aku tak paham.. Org bertanggungjawab tolong jawab.. aku jugak terfikir2 org lain pun mesti nak dapatkan yang terbaik... kesian org nak menanti agak lama di hkl tu then tak dihiraukan.. jawapannya adalah org ramai. dah tahu org ramai sediakanlah kakitangan tu ramai2....... tolongla prihatin ckit.... tunggu nak mati baru nak ambik kes ke ape ni!!! thts not good about malaysia! haih. kan dah membebel.. :) kalau bab hospital memang aku slalu tak puas hati! org biasa sakit dia akan tahu............ kalau semua org kaya kat malaysia ni lain lah citerkan.. pergi specialist ni specialist tu. kalau yang bernasib baik x pela.. then jadi plak mcm aku ni kalau time tu aku takde duit mmg btol2 buta laaaa kot! ok ok cntinue.. smpai sane aku refer masuk bilik DATO DOCTOR bla bla.. sorry aku tak ingt name doc tu. tapi dia india.. sgt cantik orgnya.. eh mcmane aku tau? bukan buta ke?! haha... ok.. actly masuk je bilik dia tu aku di beri ubat bius. oleh sbb mata langsung tak dapat bukak jadi ubt itu di haruskan buat aku... bius dannnnnnnnnnn..... SURPRISE!!!!!! ya allah kuasa tuhan.. bersyukur sangat aku boleh bukak mata..... perasaan mcmane pulak ni nak bagi tahu... hahaha... happy laaa.... nampak warna putih hitam biru kuning hijau.... lalalala~ totally aku mmg terkejut.... ya rabbi.... kalau HKL boleh buat mcmni kan bagus. aduss! masih lagi fikir psl HKL. :) check punya check nampak sgt mata hitam tu dah calar2.. memang teruk sangat... padan lah aku sakit mcm kaca dalam mata... rupenya nampak real ia sgt sakit.... beberapa hari di ward dan ianya pulih secara perlahan lahan.. walaupun masih tak terang dan masih kabur ckit2 tapi aku bersyukur mate ni masih terbukak dan mampu untuk melihattt luasnya pemandangan dunia.. aduh,, bahagia...

SAY NO TO CONTANCT LENS!
mengikut pengajarannya semua yang berlaku ini adalah disebakan contact lens yang aku pakai dan di beli di black queen di mall baru2 ni beharga RM39.90. looks likes k-pop style yg di siarkan di tv3 baru2 ni.. doctor dah pesan 'syamimi.. awak jangan pakai contact lens lagi. sbb mate awak dah teruk sgt. mata hitam dah calar banyak. and kalau awak rasa sakit yang pernah awak rasakan awak akan tahu dan takkn cari contact lens lagi' nasihat doc cantik yg di pegang smpai hari ini. thank doc.  i'll remember. forever. say no to contact lens.. lepas ni pakai sperk jmcm cikgu ok.. ;)

 mcm nilah mata before kena.. pakai lens warna gray.. mmg santik sangat :)

 before n after.. yang bawah tu langsung x boleh bukak pejam jelah..

 yang ni lagi ketara. pedih dan sakit...

 yang ni dah boleh bukak. cuma bengkak je tak hilang..

 and now :) totally ok....just tak dapat membaca sangat... kena sabar la dulu. hehe..

 mata kesayangan.. muah muah... bolat.. tapi x sebolat dulu....

guna ubat ini sehingga habis .. thank you :)

DARI KERANA MATA....
Terlihat disudut tepi.
Mata yang begitu bias berhias lekat berkaca.
Mata yang ketika tertutup menampakkan senyum tanpa sapa.
Dan mata yang ketika terbuka membuatku diam merunduk malu.
Jika mata adalah tepi,
Seketika itu aku akan bersembunyi hingga tepi berjuta pandang tak kan
Melihat aku bersembunyi.
Ingin sekali beranjak kemudian berjalan hingga tengah,lalu menyapa tepi.
Namun rasa takut itu tak kunjung memberani.
Aku hanya tanggap menyampaikan salam sapa melalui  udara.
awal dari niat menuju tindak.
aku akan menghampirinya,
tak peduli walau tepi menjauh atau baik kian mendekat.
Hingga nanti akan tetap menjadi waktu.
Biar lah,dengan ini aku dapat mencintai hari,
hingga aku mencintai setiap hari karenanya.

jaga mata... kerana ia sumber memberi ilham di alam sekeliling... dia sangat istimewa dan dia juga adalah kesayangan... jangan pakai contact lens ke apa. tuhan dah bagi mata cantik kan.... :) ceh... baru pndai nasihat org. haha.. ok.. budak nakal mmg slalu mctu..  kalau tak jadi kat aku tak tahu... dah tahu aku bagi tahu lah kan.. :) sharing is caring..... ;) eh buat yang sgt prihatin... I LOVE U... THANKS sbb sudi bertanya dan mengambil berat...sayang korang ketat2... :)

14 comments:

Meisza Adilla Herssy said...

Nice blog dear...

http://meiszaecha.blogspot.com/

contact lens said...

tumpang simpati...syukur mata awak masih dapat diselamatkan

Anonymous said...

cantik blog ni

Wan Nursyamimi said...

THANKS :) & alhamdulillah..... hv a nice day all...

Anonymous said...

Padan muke kau ! Mngade sgt ha nk lynan elok2 igt nk lyn ko sorg ke

Anonymous said...

Saye nak tnye.. Saye pkai lens tp x sdr dye jatuh kat lantai or hilang msuk dlm mata.. Yg pasti mata saya x rase ape2.. Tp saye still x sdp hati..

Wan Nursyamimi said...

hai :) kalau tak rase apa2 i think xde pape kot. and really hope takde pape ya... contact lense ni mmg kena jaga. kalau tak jaga mmg ssh.. be careful nxt time ya :)

NISA said...

Syamimiiii..... Saye pun sedang melalui kjadian yg samee sbujik sameee,...ni menaip pun kabur2 lg,... after effect akn selamenye kabur ke?,.... Risauuu... Huuuuuk!! Selaput mate tengah pun terguris jgak, tp dah mnutup, tu yg dr. bg balik umah....Cme maseh kabur (now hari yg ke-5),.. Ade pntang larang mkn ap2?... Hopefully awk reply...tq yunkk!

NISA said...

Syamimiii,.. Kjadian yg same, senijik!... Keranemu contact lense,.. Nk cantek 5 jam je, tp ni msih dlm proses recivery,... Mate masih kabur, selaput mate itam terguris, but now dah tutup, cme x even lg, tu yg dr. bg kluar dr hosp. (Hosp. Pantai ampang, itu je yg smpt, hampir ke kpj ampang putri gak, tp da x thn sgt pedih time tu)... Syamimi ade pantang mkn pape x?... N now sy da hari ke-5 dan maseh kabur pnglihatan, is it normal?...huhuuuu risauuunye...hopefully u reply.....tq my dear...^^

Wan Nursyamimi said...

hai nisa. sorry lmbat reply ur komen. baru bukak blog ni. sy hrp awak dah ok. actly mmg ssh untuk pulih. tp doc ade bagi ubt kan? erm.. mcm sy xdelah lama untuk baik tp x boleh sgt kena cahaya. bila kena mesti pedih ckit. nisa pun mcm tu jugak ke? jgn menaip dulu. biar baik btol2. sbb kdg2 chya hp laptop tu semua x bgs utk mata. sy xde pantang mkn pun. cume mmg kena btol2 jaga n now nak drive kena pkai sperk. :)
hope nisa dah pulih. anything nisa bole email sy husnadamia_2011@yahoo.com.

Anonymous said...

Um... I don't think this thing will happen kalau anda buat research tentang contact lens sebelum Palau. Anda perlu tahu kenapa banyak orang tidal Ada problem seperti anda pernah laku. Maybe anda tidak bersih contact lens anda betul2. Atau contact lens Ada defect seperti cuts, kualiti rendah dan lain2. Kalau anda Pakai contact lens for 1st time, max boleh Pakai 3 jam shj. Later, Blh Pakai lebih lama. Oh, one more thing, beberapa lama contact lens anda Blh tahan? Sehari, Sebulan, 6 bulan dan lain2. Kalau anda rah trauma-tice guna contact lens, tidak perlu susah payah guna lagi. I'm giving this little advice to those who want to try using contact lens. Go to local optic shop to get a good pair of contact lens. So, is not all contact lens fault, you have to check the quality before using. This is a user's rule.

Unknown said...

mata saya pun jadi mcm awk,saya risau sangat2 kalau pakai ubat titik tu okay ke?

Unknown said...

hy syamimi...nk tnye ni plisss reply...berapa lama awak pakai lens n berapa kali awak pakai lens ni...sye tak ada mata merah berair atau gatal...tapi sye just takot sbb pandangan ni rase lain dgn yg sebelum ni...cara mencegah cane ea? nk kene buat apa?

Unknown said...

hy syamimi...nk tnye ni plisss reply...berapa lama awak pakai lens n berapa kali awak pakai lens ni...sye tak ada mata merah berair atau gatal...tapi sye just takot sbb pandangan ni rase lain dgn yg sebelum ni...cara mencegah cane ea? nk kene buat apa?