Thursday, July 18, 2013

UJIAN DAN DUGAAN. RINTIHAN DAN HARAPAN

Assalamualaikum....

alhamdulillah.. masuk hari ni da 9 hari kita menjalani ibadah puasa. itulah pejam celik pejam celik memang tak terasa pun.. allah itu maha mengetahui segalanya... setiap hari yg di lalui adalah percaturan hidup yang kita sendiri tak dapat nak gambarkan bagaimana semalam kita laluinya.. ~ take it easy. allah maha mengetahui segala-galanya...

tertanya tanya sendiri rmai org post puisi dan seperti coretan seseorg kepada seseorg kat ig (instagram)..  memang kuno aku ni. apa2 mesti last2 baru tau... :) malas lah nak bertanya org. malu pun ade. jadi perkara yang senang dan menyenangkan aku akhirnya aku search kat cik google je! (penyelamat keadaan) yes! i told u... i did.. n i find something...
aku bukan bzbody nak ambik tahu hal org. cukup aku katakan sekadar pengisian dan perkongsian. perkongsian dari hati ke hati.. lebih tertarik untuk di kongsikan di sini kerana kata2nya yang ckup bermakna dan menarik perhatian.. 

Secebisan ini adalah dari hati kecil Dayana. Dayana,  1st wife Asyraf Muslim...

"Sucinya aku, kau miliki ketika di Makkah Hebatnya dia, kau sembunyikan ketika di Thailand "
Sungguh ! Beratnya memegang kasih dan cinta pada seorg suami ! Berdoa agar jodoh dia mmg milik aku seorang smpai mati dan sungguh ..andai jodoh dia tetap ada bersama org lain , aku akan terima dgn terbuka dan terus kuat mcm yg mami lakukan !!

Percaya pada jodoh ! Percaya pada ketentuan ! Menangis air mata darah pon kalau takdir dah begitu..kita ada dua pilihan, terima atau menarik diri !!!

Tak usah bicara tentang payung emas
Kerana
Aku belum layak iktiraf diri sesuci khadijah atau fatimah

Tak usah bicara tentang zuriat
Kerana
Aku bukan Allah...mudah menyebut kun fa ya kun...

Tak usah bicara tentang setia
Kerana
Aku pasti kau tahu aku bukan perempuan jalanan

Tak usah bicara tentang tanggungjwb
Kerana
Aku tahu kau lebih arif tentang itu

Tak usah bicara tentang kesempurnaan
Kerana
Aku terima kekurangan kau kerana Allah

Tak usah bicara tentang dia
Kerana
Aku diasingkan darimu kerana dia

Sucinya aku, kau miliki ketika di Makkah
Hebatnya dia, kau sembunyikan ketika di Thailand..

Berhenti beralasan ini semua jodoh ketentuan Allah...
Kerana satu dunia tahu

Hanya itu lah jawapan mudah utk lepaskan kekhilafan yg disengajakan..
 
agak sedih membaca nurkilan itu.. mungkin juga rintihan. mungkin juga nurkilan. dan mungkin juga puisi untuk meuahkan rasa hati.. berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul. hanya itu mungkin yang terluah.. semoga semuanya akan baik2 saja selepas ini... BE STRONG DAYANA.. 
 
 
walk like nothing happen. nothing problem.. eh tapi dalam hati siapa yang tahu. berdoalah yang baik2.. semoga allah makbulkan di bulan yang mulia ini :) amin.... 
 
thanks for reading :) 

1 comment:

BKB said...

dgr kata bukan die y tuliskn...turut simpati wlpn seorng llki