Thursday, December 15, 2011

HARGA SELEMBAR JALAN

Assalamualaikum & Selamat pagi...

 buat muka tekejut ckit. haha.. pagi2 hari dah hupdate.. kannn... :D
Awalnya berkunjung di sini dan tanpa sedar jari jemari dengan pantas membuka lembaran baru..
Hidup ini semakin hari semakin banyak pula dugaan. Dugaan semalam belum lagi tamat, datang pula dugaan dan cubaan pada hari ini. Namun, sebenarnya tanpa kita sedari dugaan tersebut sebenarnya telah mengajar kita. Mengajar kita erti menerima.

Tatkala aku punya peluang untuk meraih gemilang di jalan yang lebih lapang,
Aku memilih jalan yang lebih terhalang,
Bukan mudah untuk menjadi terbilang,
Hari ini aku didukakan dengan ujian yang digelumang,
Ya Tuhan, jangan biar diriku seorang,
Memimpin diri yang serba kurang,
Aku insan yang perlukan ruang,
Agar dapat bernafas di sebalik bayang,
Aku tahu aku punya peluang,
Jangan dibiar aku berfikir songsang,
Jangan dibiar aku lemas dengan penyakit yang menyerang,
Aku cuba menggapai impian yang dipasang,
Moga Kau memudahkan aku merentas palang,
Agar berbaloi harga selembar jalan yang aku bilang.
Sirnalah malang,
Hadirlah terang,
Agar aku tidak gugur di medan perang,
Agar aku tampil sebagai pejuang,
Agar aku tampil sebagai pemenang.

"Bersama kesusahan ada kesenangan, sesungguhnya bersama kesulitan ada kesenangan." [al-Insyirah, ayat 5 dan 6]

Hidup ini terlalu singkat untuk berehat-rehat dan bermalas-malasan.
Hidup ini juga terlalu pendek untuk bersedih dan bermuram durja.

Kehidupan ini adalah permainan dalam pelbagai adegan yang mencabar dan penuh dugaan serta ujian Allah. Sesungguhnya segala dugaan bertujuan menguji kesabaran dan tahap keimanan seseorang hamba.

hee.. pandai btollah aku berfalsafah pagi2 buta ni kan.. hehe... 
enjoy ur day.. pergi lah bfst.. aku tak sabar nak tunggu sumting happening ni.. he..


Syamimiehaslee

1 comment:

Unknown said...

falsafah membangkit semangat

:)