Saturday, March 08, 2014

NOVEL "AWAK SUKA SAYA TAK? by MELUR JELITA"

Assalamualaikum dan selamat pagi..

indah sungguh pagi ni.. pagi yang dingin. mungkin hujan menyinggah tadi. lepas solat subuh terus je segar badan ni  mata plk terbukak seluas2nya walaupun niat dihati nak sambung tdo. weekend kan.biaselah nak tdo lama. :) namun niat yang satu itu aku batalkan dengan kesungguhan untuk mengupdate satu entry pada pagi ni. sungguh aku teruja !


aku baru habiskan satu novel berjudul 'AWAK SUKA SAYA TAK?' .. comel je tajuk dia kan. kali pertama aku membaca novel hasil nurkilan dari MELUR JELITA . tak tahu nak mula dari mana. tapi harus aku kongsikan sesuatu yang baik untuk hidup kita. terkesan di hati dan fikiran aku dengan novelnya. terima kasih kak melur dengan nurkilanmu, im very touching ! beratus2 novel yang aku ade semuanya berlainan cerita. semuanya dari pengalaman masing2. tapi yng satu ini lebih istimewanya dengan kehadiran seorg lelaki yg ckup tabah menghadapi seorg wanita. 'mula lah nak mengagumi cerita ilusi'. haih aku pasti di luar juga ade seperti ini..  itu kata kawan aku. tapi aku tak kisah pun ape org nak cakap.. dah aku suka baca nak buat mcmane. baca pula bukan pada sesuatu yang tidak baik. aku membaca dan membawa ke hati. mungkin ade yang akan mengubah hati aku. menjadi lebih baik ke. menjadi seorg yang kuat dan cekal ke kan. who's know? yes! dengan cerita ASST aku belajar dengan perasaan aku sendiri. Cerita kita mungkin tak seindah novel tapi mana tahu tuhan itu mendengar memberi dan merasa hati kita dan kita beruntung kalau di beri peluang untuk ke arah itu. yelah masing2 punya pendapat dan cara. aku begini kau begitu. kita bersyukur je kalau ia mendatangkan kebaikkan ya.. 

Kisah kasih sayang di antara Hilman Yong kacukan Korea - American - Cina dan Intan Zulaikha. Mereka sangat berbeza tetapi kerana perbezaan itulah mereka berjodoh. Malangnya, kesampaiankah jodoh mereka apabila Hilman Yong seorang yang baru mengenali Islam lebih mencintai Islam dari Intan Zulaikha yang sememangnya dilahirkan Islam dari keturunan lagi berselisih faham kerana ego seorang Intan.
Muncul pula Damien Yong yang sentiasa menyesakkan dada Intan Zulaikha dengan aksinya yang daring, sexy, nakal dan menggoda. Intan terpaksa bersabar dengan Damien semata-mata untuk mendapatkan semula Hilmannya…seorang hamba Allah yang penuh kesabaran dan kesopanan.
Hilmanku…sifuku…kekasihku…Kembalilah…
" Saya tak pernah tinggalkan awak. Walaupun awak jauh, saya dapat melihat awak. Walaupun awak jauh, saya dapat merasa kehadiran awak. Walau pun awak jauh, saya dapat mendengar awak. Saya sentiasa di sisi awak. Awak sentiasa di sisi saya, di sini…" Hilman Yong
" Don’t worry, I won’t kiss you. Saya tak cium sembarangan gadis. Saya tak ada selera dengan gadis biadab dan sombong seperti awak. Cik Zulaikha….saya nampak kehampaan di wajah awak. You really want me to kiss you. I can feel it. I can see it. From your eyes… your lips. Tetapi seperti saya cakap tadi, saya tak selera dengan orang biadab. Ciuman saya tidak semurah itu. Hanya untuk gadis yang bertuah dan terpilih saja." Damien Yong
" Saya akui saya gembira bersama Mr Damien..saya tak boleh menyembunyikan perasaan saya……tetapi perasaan saya terhadap Mr Damien sepertimana kita bersentuhan di malam itu. Boleh saling melihat, saling bersentuh, saling bercium…..tetapi hanya di dinding kaca….ada batas dan sekatan. Yang tidak boleh dipecahkan……walau cuba dipecahkan…pasti kita akan cedera..ditusuk atau dihiris . Itulah Islam. Yang menjaga maruah dan kesucian sesuatu hubungan. Hanya hubungan halal yang boleh melenyapkannya." Intan Zulaikha


ayat ini dalam ingatanku..

'Cinta bukan berpegangan tangan, bercumbuan.. itu nafsu... cinta bukan sentiasa berjumpa sampai larut malam membawa ke pagi itu juga nafsu... terlalu banyak nak di jelaskan mengenai cinta. berbilion manusia di dunia maka berbilion la rasa cinta dan takrif masing2. Bagi saya senang saja semua cinta ada maknanya tersendiri dan ekslusif untuk setiap orang. ia tak sama antara satu sama lain. tidak mengapa allah ciptakan kita berbeza, sedangkan cap jari pun bebeza... asalkan cinta tidak melanggar batas syariat , maka bercintalah. saya tidak mahu cemarkan kesucian cinta saya. saya mahu cinta dengan beradap, bermaruah & terpelihara. kalau cintakan seseorang pasti akan menjaga maruah dan kesucian dirinya.awak takkan menyentuh apa yang merosakkannya.. kemudian dia tinggalkan. cinta itu bukan nafsu'

ade ke lelaki yang boleh cakap mcm ni kat perempaun? ade ke kat dunia yang aku pijak ni. mungkin aku takkan cakap ada selagi aku belum jumpa....ok set on ur mind mimi nak lelaki mcm dia. tak dapat mcm dia mesti ade jugak salah satu ciri2nya tu. harus harus!!!.. adehh parah naluriku.. hehe

Hilman~ dialah lelaki dalam novel tu. hero kepada Puteri Intan Zulaikha dan mencentus naluri kewanitaanku. (wah ayat) haha.. seorg cina muslim , kuat agama, hensome , sabar,  baik, kaya dan menghormati org tua. itulah singkatan hilman pada pndangan aku.. nak hujah lebih2 aku tak pandai cukup lah aku katakan dia lelaki sempurna. betollah kata org kalau lelaki tu baik eloklah wanita tu dalam jagaannya. kalau buruk perangai lelaki tu maka kecundang la perempuan tu. yang baik hanay untuk yang baik. mungkin! lelaki yg baik dan sayang seseorg akan lakukan apa saja. mcm hilman nilah mane nak carilah kak melur oi lelaki mcm dia ni. tak dapat aku bayangkan. ade ke yang macam tu? bila allah nak temukan dengan aku? mcm2 kan. haha. mulalah melalut angau tak bertempat. nak suruh lelaki yg baca sebenarnya novel kak melur ni. biar dia paham sikitttt. biar dia tahu mcmane kehendak wanita tu. mcmane mengendalikan hati keras perempuan. tahniah untuk hilman dengan agama yang ade di dada dia berjaya menawan hati keras intan .

Intan~ heroin dalam citer ni. pencentus semangat ku sebagai seorg perempuan. cantik, keperibadian yg baik, jaga maruah, kaya dan agak keras hati. hatinya terdidik dengan kehadiran hilman. bertemu dan berpisah. berduka dan gembira.berkasih dan terpisah kembali. bersatu dan bahagia. semunya membahagiakan di mata aku bila baca. ujian itu ade untuk mereka yang tuhan katakan ia mampu miliki. hati perempuan yang kuat bila di uji dan lembut akhirnya mendalamkan lagi cerita ni. tak dapat aku ceritaka satu2 adalah lebi baik pergi kedai dan beli dan baca. haha..

cerita ni bukan kisah cinta je. dia juga untuk keluarga. kita memahami keluarga itu bagaimana. bersatu di saat susah. memujuk bila merajuk. kasih syg abang pada adiknya. kasih ibu bapa untuk anak2nya. mcm2 pengalaman kita dapat. kita boelh rasa tu. tak tahulah kalau org baca tak de rase. kesimpulannya bagi aku memang aku tersentuh.. ada sesuatu yang menjentik hati aku untuk terus membaca novel kak melur lps ni.. sedikit agama di perlihat sedikit kasih sayang untuk dirasa dan sebanyak rasa untuk kita tahu allah itu ade bersama2 kita.. 

itulah sedikit review untuk semua dari apa yang aku baca. thanks to my cousin (atiqah) kerana mem perkenalkan buku ini padaku. bersyukur kerana seuatu yg baik itu harus di kongsi. bukan di simpan dalam hati dan diam tnpa kita tahu ia baik untuk semua. NOVEL INI SANGAT BEST, SILA BELI DAN BACA :)


bole layan video ckit untuk lagi menyentuh perasaan. haha berta 66 aku ni... 

Ni gambar paling syok. pergi pntai smpai baca buku 'awak suka saya tak' haha..

: bila allah campakkan rasa cinta segala yang buruk semuanya cantik dan indah belaka :)

thanks for reading !


1 comment:

Anonymous said...

karya yang menarikkk kak god luck kak kalau kak ada buat novel lagi...